Isnin, 14 Disember 2015



Masalah pencemaran air di Malaysia sekarang, sudah menjadi pengetahuan umum, Cuma kesedaran atau kemampuan tentang keperluan memilih penapis air yang berkualiti masih lagi menjadi persoalan tentang sejauh mana, mustahaknya berbanding dengan keperluan lain yang mendesak
Rata-rata walau di mana pelusuk di negara, mempunyai masalah air bersih. Sistem paip bagi bekalan air kita sendiri sememangnya sudah lama dan penuh dengan kekotoran serta karat.
Pada mata kasar air yang dibekal untuk kegunaan orang ramai nampak jernih dan bersih tetapi hakikatnya tidak. Air tersebut mengandungi kekotoran serta bahan tercemar yang terlarut.

Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/imej2.jpg


Air yang kotor serta tercemar ini boleh merosakkan fungsi organ-organ seperti :
Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/arrow.jpg
Hempedu
Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/arrow.jpg
Buah pinggang
Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/arrow.jpg
Hati

3 organ penting ini jika telah rosak maka pelbagai penyakit kronik bakal menyerang kita termasuk :
Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/arrow.jpg
Radang
Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/arrow.jpg
Barah
Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/arrow.jpg
Risiko maut



Contoh sistem tapisan air yang berada dipasaran mengikut piawai
Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/imej3.jpg

Sistem penapis air Elken Biopure K-400 yang direka oleh Pakar Air Dunia WQA Gred 6 Mr. Michael R. Long juga merupakan sistem penapisan air yang menggunakan sistem ’Reverse Osmosis’.

Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/imej4.jpg

Kenapa ’Reverse Osmosis’ ?

Reverse Osmosis atau Osmosis Songsang adalah satu kaedah penapisan yang digunakan untuk menapis air. Biasa digunakan untuk membuat air garam yang boleh diminum, osmosis songsang menggunakan daya tekanan kepada pelarut yang berasingan yang dijumpai di dalam air (seperti garam). Osmosis songsang membuat air minuman yang selamat dan tulen.
1) Menyingkirkan Pencemar Dan Mineral
‘Reverse Osmosis’ menapis bahan pencemar yang berbahaya dan mineral. Hasilnya, minum air osmosis songsang adalah satu alternatif yang lebih sihat untuk meminum air paip.
2) Bau Dan Rasa Yang Bagus.
Air osmosis songsang menghasilkan bau dan rasa yang lebih baik. Air osmosis songsang juga desalinates air (membuang garam) yang menjadikan ia lebih menarik untuk minum.
3) Tiada Bakteria
Penapisan osmosis songsang juga menghapuskan bakteria dari air. Bakteria boleh memudaratkan badan, yang boleh menyebabkan penyakit.
4) Mengurangkan Risiko Mendapat Penyakit Dan Penyakit Merbahaya
Klorin, asbestos, raksa dan plumbum telah dijumpai dalam air paip biasa, yang boleh membawa kepada penyakit dan penyakit berbahaya. Osmosis songsang membuang toksin yang berbahaya ini dan membuat air yang sihat untuk minum.
5) Bantu Penghidratan Air Dalam Badan
Oleh kerana proses penapisan, membantu mempercepatkan proses penghidratan air dalam badan. Ini adalah berfaedah semasa latihan dan semasa bulan musim panas
Description: http://www.elkenpenapisair.com/images/cop-mohor-emas-wqa-s-300.jpg


Kesan Fluorida pada Kesihatan

Sehingga Mei 2013, sebanyak 43 kajian telah menyiasat hubungan antara fluorida dan kecerdasan manusia, dan sejumlah 19 kajian telah menyiasat hubungan fluorida dan pembelajaran / memori pada haiwan.

Daripada penyiasatan ini, 37 daripada 43 kajian manusia telah mendapati bahawa pendedahan fluorida tinggi dikaitkan dengan IQ lebih rendah, manakala 19 daripada 20 kajian haiwan telah mendapati bahawa pendedahan fluorida merosakkan keupayaan pembelajaran dan ingatan haiwan.

Kajian manusia, yang berdasarkan pemeriksaan IQ lebih 11,000 kanak-kanak, memberikan bukti menarik bahawa pendedahan fluorida pada tahun-tahun awal kehidupan boleh merosakkan perkembangan otak kanak-kanak.

Selepas mengkaji semula 27 kajian ini, satu pasukan saintis Harvard membuat kesimpulan bahawa kesan fluorida pada otak muda kini harus menjadi "keutamaan penyelidikan yang tinggi." (Choi, et al 2012).

Pengulas lain telah mencapai kesimpulan yang sama, termasuk National Research Council (NRC), dan saintis di Bahagian Neurotoxicology, Environmental Protection Agency (Mundy, et al).

[Fluoride Alert , 16 Mei 2013]


p/s:  TIDAK HAIRANLAH jika penjajah datang ke negara kita dan memberikan kita menelan fluorida dalam air paip sebanyak mungkin dari kita kecil lagi, agar kita menjadi manusia yang lembab, dungu dan tidak dapat melawan kecerdasan dan kepintaran mereka.  

Ini belum lagi termasuk makanan-makanan lain yang disumbat ke dalam mulut dan perut kita. Yang menyebabkan otak kita semakin lemah dan lemah. Wallahu a'lam .......

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan., sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan"  [Surah al-A'raf : 31]

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" [Hadis riwayat muslim]

"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya . Apabila menepati ubat itu akan penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan keizinan Allah."  [Hadis riwayat Muslim dan Ahmad]

"Tiadalah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan Allah menurunkan (juga) baginya penawar."  [Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah , Nasaie dan al-Hakim]

"Berpuasalah nescaya kamu akan sihat."  [Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah]





Kesan Klorin Terhadap Kesihatan


Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab utama penyakit kanser (barah) yang semakin berleluasa pada zaman serba maju ini ? Ini bukanlah satu fakta yang baru, malah para saintis telah lama menjalankan kajian ke atas air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya negatifnya.

Seorang saintis bernama Dr.Herbert Schwartz menulis "Klorin sangat berbahaya ! Ia patut diharamkan !! Menambah klorin ke dalam air sama seperti memasang satu bom jangka dalam tubuh dan menjadikan kita tua sebelum masanya. Ini dibuktikan munculnya pelbagai simptom penyakit"

Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak daripada baja, racun serangga, racun rumpai, bahan buangan industri dll. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan.

Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Malah, penyakit moden yang berpunca daripada air yang tercemar adalah terlalu banyak.

Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air yang diminum itu mestilah berkualiti dan selamat.

Seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, telah menyatakan air memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari.

Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi penyebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.

Kesan Klorin kepada tubuh manusia :

 
Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu
Menghakis struktur asas dalam tisu badan manusia
Amat merbahaya dan boleh membentuk bahan kimia merbahaya apabila bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia dan hydrogen


Fakta : Klorin menjadi senjata pada Perang Dunia Pertama

Ada yang mengatakan bahawa pendidihan adalah cara terbaik untuk membuang klorin. Tetapi ia sebenarnya tidak menghilangkan kandungan klorin didalam air. Sebaliknya pendidihan akan menghasilkan Trihalomethanes (TTHM) yang sangat merbahaya kesannya terhadap kesihatan manusia.

Sebenarnya, kesan dari klorin yang saya sebutkan diatas adalah kesan segera dan sehingga kini, tiada siapa dapat memastikan separah mana kesan klorin terhadap manusia. TETAPI, dari salah satu kesimpulan utama daripada kajian yang dijalankan : KLORIN adalah salah satu penyebab KANSER.

Selain itu, walaupun air paip telah dirawat dengan klorin, namun ia masih mengandungi banyak lagi unsur-unsur cemar yang dan boleh memudaratkan kesihatan. Anataranya : karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis dan mayat juga antara agen pencemaran yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda seperti yang sering dilapurkan di dada-dada akhbar masakini.

Pengenalan Tentang Klorin
Klorin yang berasal daripada bahasa Yunani - 'Chloros' yang bermaksud 'hijau pucat', adalah unsur kimia dengan nombor atom 17 dan simbol Cl. Ia adalah satu halogen, dijumpai di dalam jadual berkala dalam kumpulan 17. Sebagai ion klorida , yang mana ia merupakan sebahagian daripada garam biasa dan sebatian lain, secara semulajadi ia banyak dan sangat diperlukan dalam banyak bentuk kehidupan, termasuk manusia.

Sebagai gas klorin, ia berwarna kuning kehijauan, yang mana beratnya dua setengah kali ganda manakala baunya sangat menyesakkan dan beracun. Dalam bentuk cecair dan pepejal ia merupakan agenpengoksidaan, pelunturan dan nyahjangkitan yang sangat efektif.


Aplikasi Klorin dalam Kehidupan
Klorin adalah bahan kimia yang penting untuk beberapa proses penulenan air,nyahjangkitan dan dalam pelunturan. Boleh juga digunakan untuk membunuh bakteria dan lebih gemar digunakan oleh kebanyakan majlis perbandaran dalam minuman kerana ia tidak membentuk sebatian organoklorin dan tidak tertinggal dalam air selepas rawatan.


Klorin dalam Pembuatan Produk Kegunaan Harian
Digunakan (dalam bentuk asid hipoklorus ) untuk membunuh bakteria dan mikrob-mikrob daripada bekalan minuman dan kolam renang. Begitupun, kebanyakan bekalan air kecil-kecilan sekarang ini diklorinkan secara rutin.

Digunakan secara meluas di dalam pembuatan kertas, antiseptik, barangan pewarna, makanan, racun serangga, cat lukisan, produk-produk petroleum, plastik, ubat-ubatan, tekstil, pelarut, dan pelbagai produk pengguna yang lain.

Unsur ini dugunakan secara giat dalam kimia organik sebagai agen pengoksidaan dan dalam tindakbalas penggantian kerana klorin biasanya memasukkan ciri-ciri yang dikehendaki dalam sebatian organik apabila ia dimasukkan unsur hidrogen (seperti dalam pembuatan getah sintetik). Ia mempunyai afiniti electron yang paling tinggi di antara halida-halida.

Kegunaan lain adalah dalam penghasilan klorat, kloroform, karbon tetraklorida dan pengekstrakan bromin.

Sejarah Klorin
Klorin ditemui pada tahun 1774 oleh ahli kimia Jerman Carl Wilhelm Scheele, yang tersilap menyangka ia mengandungi oksigen. Klorin telah diberikan namanya pada tahun 1810 oleh Sir Humphry Davy, yang menegaskan bahasa ia sebenarnya sejenis unsur.

Gas klorin, juga dikenali sebagai bertholite, pertama kali digunakan sebagai senjata manusia pada Perang Dunia Pertama pada 22 April 1915