Isnin, 14 Disember 2015
Kesan Klorin Terhadap Kesihatan
Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab utama penyakit kanser (barah) yang semakin berleluasa pada zaman serba maju ini ? Ini bukanlah satu fakta yang baru, malah para saintis telah lama menjalankan kajian ke atas air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya negatifnya.
Seorang saintis bernama Dr.Herbert Schwartz menulis "Klorin sangat berbahaya ! Ia patut diharamkan !! Menambah klorin ke dalam air sama seperti memasang satu bom jangka dalam tubuh dan menjadikan kita tua sebelum masanya. Ini dibuktikan munculnya pelbagai simptom penyakit"
Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak daripada baja, racun serangga, racun rumpai, bahan buangan industri dll. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan.
Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Malah, penyakit moden yang berpunca daripada air yang tercemar adalah terlalu banyak.
Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air yang diminum itu mestilah berkualiti dan selamat.
Seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, telah menyatakan air memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari.
Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi penyebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.
Kesan Klorin kepada tubuh manusia :
Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu
Menghakis struktur asas dalam tisu badan manusia
Amat merbahaya dan boleh membentuk bahan kimia merbahaya apabila bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia dan hydrogen
Fakta : Klorin menjadi senjata pada Perang Dunia Pertama
Ada yang mengatakan bahawa pendidihan adalah cara terbaik untuk membuang klorin. Tetapi ia sebenarnya tidak menghilangkan kandungan klorin didalam air. Sebaliknya pendidihan akan menghasilkan Trihalomethanes (TTHM) yang sangat merbahaya kesannya terhadap kesihatan manusia.
Sebenarnya, kesan dari klorin yang saya sebutkan diatas adalah kesan segera dan sehingga kini, tiada siapa dapat memastikan separah mana kesan klorin terhadap manusia. TETAPI, dari salah satu kesimpulan utama daripada kajian yang dijalankan : KLORIN adalah salah satu penyebab KANSER.
Selain itu, walaupun air paip telah dirawat dengan klorin, namun ia masih mengandungi banyak lagi unsur-unsur cemar yang dan boleh memudaratkan kesihatan. Anataranya : karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis dan mayat juga antara agen pencemaran yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda seperti yang sering dilapurkan di dada-dada akhbar masakini.
Pengenalan Tentang Klorin
Klorin yang berasal daripada bahasa Yunani - 'Chloros' yang bermaksud 'hijau pucat', adalah unsur kimia dengan nombor atom 17 dan simbol Cl. Ia adalah satu halogen, dijumpai di dalam jadual berkala dalam kumpulan 17. Sebagai ion klorida , yang mana ia merupakan sebahagian daripada garam biasa dan sebatian lain, secara semulajadi ia banyak dan sangat diperlukan dalam banyak bentuk kehidupan, termasuk manusia.
Sebagai gas klorin, ia berwarna kuning kehijauan, yang mana beratnya dua setengah kali ganda manakala baunya sangat menyesakkan dan beracun. Dalam bentuk cecair dan pepejal ia merupakan agenpengoksidaan, pelunturan dan nyahjangkitan yang sangat efektif.
Aplikasi Klorin dalam Kehidupan
Klorin adalah bahan kimia yang penting untuk beberapa proses penulenan air,nyahjangkitan dan dalam pelunturan. Boleh juga digunakan untuk membunuh bakteria dan lebih gemar digunakan oleh kebanyakan majlis perbandaran dalam minuman kerana ia tidak membentuk sebatian organoklorin dan tidak tertinggal dalam air selepas rawatan.
Klorin dalam Pembuatan Produk Kegunaan Harian
Digunakan (dalam bentuk asid hipoklorus ) untuk membunuh bakteria dan mikrob-mikrob daripada bekalan minuman dan kolam renang. Begitupun, kebanyakan bekalan air kecil-kecilan sekarang ini diklorinkan secara rutin.
Digunakan secara meluas di dalam pembuatan kertas, antiseptik, barangan pewarna, makanan, racun serangga, cat lukisan, produk-produk petroleum, plastik, ubat-ubatan, tekstil, pelarut, dan pelbagai produk pengguna yang lain.
Unsur ini dugunakan secara giat dalam kimia organik sebagai agen pengoksidaan dan dalam tindakbalas penggantian kerana klorin biasanya memasukkan ciri-ciri yang dikehendaki dalam sebatian organik apabila ia dimasukkan unsur hidrogen (seperti dalam pembuatan getah sintetik). Ia mempunyai afiniti electron yang paling tinggi di antara halida-halida.
Kegunaan lain adalah dalam penghasilan klorat, kloroform, karbon tetraklorida dan pengekstrakan bromin.
Sejarah Klorin
Klorin ditemui pada tahun 1774 oleh ahli kimia Jerman Carl Wilhelm Scheele, yang tersilap menyangka ia mengandungi oksigen. Klorin telah diberikan namanya pada tahun 1810 oleh Sir Humphry Davy, yang menegaskan bahasa ia sebenarnya sejenis unsur.
Gas klorin, juga dikenali sebagai bertholite, pertama kali digunakan sebagai senjata manusia pada Perang Dunia Pertama pada 22 April 1915
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan