Sumber air mentah loji ini diperolehi dari Sungai
Perak yang terletak berhampiran dengan loji. Air dari sungai dipam
menggunakan empat pam selam yang setiap satu berkapasiti 1,110 m3 sejam. Air
ini akan melalui beberapa peringkat proses rawatan sebelum dibekalkan kepada
pengguna. Secara
ringkasnya, proses rawatan air di loji ini adalah seperti berikut:

2. Saringan (Screening)
Air
mentah akan melalui proses penyaringan di muka sauk (intake) untuk penapisan
awal bagi mengasingkan bahan bahan fizikal seperti kayu, pasir, rumput rampai
dll.

SUNGAI
PERAK - SUMBER AIR MENTAH UNTUK LOJI PEMBERSIHAN AIR KAMPUNG SENIN
3. Pengudaraan
(Aeration)
Air
mentah dipam ke tangki pengudaraan (cascade aerator). Di sini air didedahkan
kepada atmosfera untuk meningkatkan kandungan oksigen dan juga akan
menyingkirkan bau dan rasa pada air melalui proses pengoksidaan. Proses
ini juga boleh mengoksida besi (feram) dan manganese terlarut kepada keadaan
tidak larut dan mendak.
PENGUDARAAN
4.
Pengentalan (Flocculation)
Selepas
pengudaraan, bahan kimia cecair tawas (liquid aluminium sulphate) didos ke
dalam air mentah.Air seterusnya mengalir ke dua buah tangki pengentalan
(flocculation). Tindakbalas kimia akan menyebabkan zarah zarah halus bercantum
membentuk kentalan (floc) yang lebih besar dan berat.Aliran di tangki
pengentalan adalah terkawal bagi memperolehi pengentalan yang
optima. Kentalan yang terbentuk akan memerangkap bakteria dan warna yang
terdapat pada air. Dos tawas yang digunakan perlu bertepatan untuk
membentuk kentalan yang baik dan memudahkan proses pengenapan.

TANGKI
FLOKULASI
5. Pengenapan
(Sedimentation)
Air
yang mengandungi kentalan (floc) akan mengalir kedalam tangki pengenapan.
Di sini kentalan kentalan yang telah bercantum menjadi besar dan berat akan
mendap ke bawah tangki pemendapan (sedimentation tank) dan rnenghasilkan air
yang jernih.

TANGKI
PENGENAPAN
6. Penapisan
(Filteration)
Seterusnya
air akan mengalir ke tangki penapisan. Loji ini mempunyai 4 unit sistem 'rapid
gravity sand filter' yang menggunakan pasir sungai sebagai bahan penapis.
Air akan melalui pasir penapis dimana kentalan yang halus akan terperangkap
pada pasir penapis tersebut. Paip-paip di bawah pasir penapis ini akan
menerima air jernih yang telah ditapis. Untuk menjamin kualiti air,
penapis pasir akan dicuci pada masa-masa tertentu. Proses pembasuhan (back
wash) penapis di loji ini dikendalikan secara automatik.

TANGKI
PENAPISAN
7.
Pengklorinan (Chlorination)
Air
yang telah ditapis akan mengalir ke tangki air bersih di mana klorin
didoskan. Pengedosan klorin adalah untuk membunuh kuman serta mikroorganisma
yang terdapat di dalam air agar air selamat diminum.
8. Penyesuaian
pH (pH adjustment)
Kapor
terhidrat (Hydrated lime) digunakan untuk memastikan nilai pH air bersih adalah
di dalam julat yang dikehendaki. pH air menjadi rendah semasa proses pengentalan
kerana penambahan tawas. Oleh itu kapor didos ke dalam air bertapis untuk
menaikkan semula nilai pH ke tahap yang dikehendaki. Nilai pH yang
bersesuaian diperlukan kerana jika ia berasid (rendah) ia akan menghakis paip
bekalan air dan jika beralkali, ia akan membentuk mendapan pada sistem bekalan
air.
9.
Pemfluoridaan (Fluoridasi)
Bahan
kimia 'sodium fluoride' juga didos dalam air bersih. Fluorida didoskan
untuk membantu menjaga kesihatan gigi pada kanak-kanak.
10. Tangki Air
Bersih
Clean water
will be stored in clean water tank before being distributed. Air yang
bersih akan disimpan di dalam tangki air bersih sebelum diagihkan.
11. Pemantauan
Kualiti Air (Water Quality Monitoring)
Makmal
loji ini dilengkapkan dengan peralatan ujian kualiti air. Ujian kualiti
air dijalankan keatas contoh air mentah, air mendap dan air bersih. Contoh
air diambil setiap dua jam dan diuji dimakmal loji untuk memastikan air yang
dibekalkan adalah mematuhi nilai piawai seperti yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Kualiti air untuk parameter pH, kekeruhan,
baki klorin dan fluorida dipantau secara terus dengan peralataan ujian
'online'.

ALAT
UJIAN AIR 'ONLINE MONITORING WATER QUALITY'
12. Sistem
Agihan Air
Dari
tangki air bersih, air di pam ke Kolam Takungan Bandar Baru Seri Iskandar
(kapasiti: 13.5 juta liter) yang terletak di kawasan tanah tinggi BBSl melalui
paip air bergarispusat 750 mm sepanjang 9 kilometer. Dari kolam ini,
bekalan air disalurkan ke sistem agihan air melalui paip bergarispusat 900 mm
dan 700 mm. Kawasan bekalan bagi loji ini adalah meliputi keseluruhan
kawasan Seri Iskandar termasuk UTP, UiTM, kawasan perindustrian BBSl, Felcra
Nasaruddin, kawasan Bota Kanan, Lambor Kanan dan Pulau Tiga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan